Rocket League kini boleh dimainkan pada 120Hz di PS5

Pembangun Rocket League, Psyonix sudah mengumumkan kandungan baru bagi permainan mereka di PlayStation, di mana akan menerima tetapan grafik baru dan sokongan segar semula 120Hz untuk pemilik PS5.

Diperincikan di dalam PlayStation.Blog, bermula esok, pemilik PS5 boleh bermain permainan itu pada kadar segar semula 120Hz. Tambahan pula, Psyonix mengesahkan akan menambah dua mod grafik baru iaitu Kualiti dan Prestasi, yang boleh ditetapkan di menu tetapan permainan.

Semasa mod Kualiti, Rocket League akan bermain di dalam resolusi 4K pada 60FPS dengan HDR. Walaubagaimanapun, HDR hanya dibolehkan jika anda bermain di paparan yang menyokong HDR dan menyambungkan PS5 dengan sambungan HDMI 2.0 atau terbaru.

Selain itu, anda memerlukan monitor 4K atau TV yang menyokokng resolusi tinggi, tetapi jika anda bermain pada skrin 1080p, permainan akan menunjukkan kualiti 1080p yang disampelkan dari 4K.

Bagi mod Prestasi, permainan akan bermain pada resolusi 2688×1512 iaitu 70% daripada 4K penuh pada kadar segar semula 120Hz dengan HDR. Walaupun tidak dimainkan pada 4K penuh, UI permainan akan dipaparkan pada 4K.

Untuk menjalankan resolusi 4K UHD, anda memerlukan paparan yang menyokong 4K. Namun jika menggunakan paparan 1080p, permainan akan dipaparkan dalam 1080p yang disampelkan daripada resolusi 2688×1512.

Kemas kini terbaru untuk PS5 ini bukanlah satu-satunya yang hadir untuk pemain Rocket League. Psyonix juga memperincikan di dalam blog, yang mana mereka menambah bundle percuma bertema Ratchet & Clank yang akan tiba untuk pemilik PS4 & PS5 bermula esok dan akan kekal percuma untuk ditebus sehingga 3 Januari 2022.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.

RELATED NEWS

+