Roddgeee berpisah dengan Team SMG

Roger Tan Boon Thye atau dikenali dalam arena Dota 2 sebagai Roddgeee adalah salah seorang pemain terawal yang mencapai 10k MMR. Ini menandakan bahawa dia seorang pemain yang berpengalaman dan penuh berdedikasi.

Semenjak mencapai 10k MMR, dia bermain secara profesional bersama Team SMG dan berjaya mencapai kedudukan baik dalam kejohanan seperti OB.Moon Asian Arena, DPC SEA 2021/2022 Tour 1: Division I dan Regional Finals, serta Dota Pro Circuit 2021: S2 – Southeast Asia Lower Division.

Kini, Team SMG mengumumkan bahawa Roddgeee tidak lagi bersama pasukan itu.

Menurut sebuah kicauan di Twitter, Team SMG mengumumkan Roger meninggalkan pasukan itu.

Kini, pasukan itu kekurangan seorang pemain Pos 5 dan ini barisan terkini Team SMG:

  • Yeik “MidOne” Nai Zheng
  • Kam “Moon” Boon Seng
  • Ryan “Raging Potato” Jay Qui
  • Tue “ah fu” Soon Chuan
  • TBD

Walau bagaimanapun, Team SMG baru-baru ini dilihat bermain bersama pemain Sweden Johan Åström atau pieliedie yang bermain sebagai Pos 5 pasukan itu. Ini mungkin bermaksud pieliedie akan terus bermain bersama Team SMG untuk perlawanan-perlawanan akan datang.

Sumber rujukan: Twitter

RELATED NEWS

+