ROG Mothership Dilancarkan, Komputer Riba Gaming Unik Berharga RM26,999!

ASUS Malaysia hari ini mengumumkan komputer riba gaming gergasi mereka, ROG Mothership GZ700GX dengan paparan 17.3 inci dan  form factor yang portable sekali gus menjadi pengganti sesuai untuk desktop. 

Ia mempunyai rekaan dengan standee di mana kerangkanya boleh didirikan jadi haba tidak terperangkap di bawahnya. Dikuasakan oleh RTX 2080. bateri sebesar 76WHr, Intel Core i9 generasi ke-9 dan paparan GSYNC dengan resolusi 4K atau HD penuh 144Hz, papan kekuncinya boleh ditanggalkan jadi korang boleh bermain pelbagai permainan mengikut cita rasa sendiri (dengan atau tanpa papan kekunci).

Jika papan kekunci ditanggalkan, terdapat empat speakers yang dihalakan ke depan jadi korang boleh dengarkan bunyi yang jelas dan lancar. Korang juga boleh gunakan papan kekunci yang disambung melalui USB ataupun menggunakan peranti ini seperti komputer riba biasa.

Selain rekaan unik yang membolehkan udara mengalir dengan lebih eifisyen di bahagian atas, kipasnya juga mempunyai fungsi auto cleaning dan produk ini boleh disambungkan kepada monitor untuk paparan lebih besar.

Kelebaran pada 29.9mm menjadikan ROG Mothership sangatlah nipis tapi tidak mengorbankan prestasi. Ia juga hadir dengan 2.5G Ethernet dan Intel Wi-Fi 6 dengan 3 kali ganda kelajuan Internet.

Ia juga mempunyai port pelbagai seperti USB3.1 Type C, USB C dengan Thunderbolt 3 dan port HDMI 2.0 jadi korang boleh sambungkan kepada 3 monitor sekali gus.

Korang boleh dapatkannya di pasaran pada pertengahan Julai ini dengan harga yang sangat awesome.. RM26,999!

RELATED NEWS

+