ROG Phone 5 Ultimate kini tiba di Malaysia dengan harga RM4,999, sedia dipra-tempah

Asus kini secara rasmi membawa ROG Phone 5 Ultimate ke pasaran Malaysia.

ROG Phone 5 Ultimate ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 888 5G dengan paparan AMOLED sebesar 6.78 inci dengan kadar segar semula 144Hz dan sokongan HDR10+. Selain itu, ia didatangkan dengan konfigurasi 18GB RAM LPDDR5 dan storan sebesar 512GB UFS3.1. 

Malah, ia juga didatangkan dengan kapasiti bateri sebesar 6,000mAh dengan sistem dual-sel untuk pengecasan yang lebih pantas dan keupayaan bateri lebih baik.

Bagi keupayaan kamera, peranti ini dilengkapkan dengan sistem tiga kamera dengan kamera utama sebesar 64MP Sony IMX686. Ia juga mendapat sokongan audio GameFX Audio untuk pengalaman permainan yang lebih mengasyikkan.

Dengan melakukan pra-tempahan bermula 8 Ogos, anda berpeluang untuk mendapat Ultimate Fan Gift Box dan ROG Strox Go Core (Moonlight White) yang bernilai sehingga RM1,099 sementara stok masih ada.

Pra-tempahan kini boleh dibuat bermula 8 Ogos hingga 21 Ogos 2021, di kedai-kedai rasmi Asus di Shopee & Lazada.

Untuk maklumat lanjut sila layari SINI dan laman rasmi Asus.

RELATED NEWS

+