PERLAWANAN KEDUA"> PERLAWANAN KEDUA" /> PERLAWANAN KEDUA" />

Roger LinkEzaa berjaya melakukan Epic Comeback

PERLAWANAN KEDUA

LinkEzaa sekali lagi menggunakan Aulus untuk memberikan burst damage yang tinggi. Selain itu, Aulus juga mempunyai lifesteal yang besar bagi meningkatkan peluang untuknya survive di dalam perlawanan.

Pasukan Homebois sangat kuat pada peringkat awal dan pertengahan permainan. Rotasi dilakukan oleh Yu zhong sangat berkesan memberikan tekanan dan memenangi perlawanan untuk pasukan Homebois.

Namun begitu, keadaan berubah selepas LinkEzaa selesai mendapatkan war axe, endless battle dan windtalker. Beliau terus mendapatkan triple kill dan mengembalikan momentum kepada pasukannya.

Pertarungan terakhir yang dimulakan oleh Valenz menggunakan way of the dragon kepada Vins memberikan mereka kelebihan.

Anippp yang cuba menganggu pasukan Orange Esports menggunakan black dragon form gagal dan segera ditumbangkan.

PERLAWANAN KETIGA

Pasukan Orange Esports mengalami kesukaran pada minit awal permainan, mereka sering diasak oleh Irfan yang menggunakan Paquito.

Pasukan Homebois terus bermain dengan agresif untuk melakukan rotasi dan mengawal peta.

Homebois terus mengejar objektif dengan menumbangkan turret pasukan Orange Esports. Irfan berjaya mengalih perhatian musuh untuk memberikan ruang kepada Chibi mengambil turret.

Orange Esports terpaksa bertahan dan bermain dengan pasif. Mereka kehilangan 7 turret pada minit ke-11.

Akan tetapi, pasukan Homebois sangat yakin dengan kedudukan mereka dan mereka ditumbangkan seorang demi seorang. Pasukan Orange Esports merapatkan jurang gold yang dimiliki kedua-dua pasukan.

Pasukan Homebois sekali lagi melakukan kesilapan, mereka mengejar LinkEzaa di bahagian bottom lane dan Chibi, Saiful dan Vins berjaya ditumbangkan.

Pasukan Orange Esports mengambil peluang itu untuk mengambil Lord dan melakukan pushing yang terakhir dan memenangi perlawanan.

 

 

RELATED NEWS

+