Epic Games Store dari hari ini hingga 1 Oktober. Permainan ini menyokong resolusi HD penuh tetapi kualiti grafik tetap sama kerana ia bukan sebuah remaster."> Epic Games Store dari hari ini hingga 1 Oktober. Permainan ini menyokong resolusi HD penuh tetapi kualiti grafik tetap sama kerana ia bukan sebuah remaster." /> Epic Games Store dari hari ini hingga 1 Oktober. Permainan ini menyokong resolusi HD penuh tetapi kualiti grafik tetap sama kerana ia bukan sebuah remaster." />

RollerCoaster Tycoon 3: Complete Edition percuma untuk pemain PC!

RollerCoaster Tycoon 3: Complete Edition kini telah dilancarkan untuk PC dan Nintendo Switch. Pemain PC sangat bertuah kerana mereka boleh mendapatkannya secara percuma melalui Epic Games Store dari hari ini hingga 1 Oktober. Permainan ini menyokong resolusi HD penuh tetapi kualiti grafik tetap sama kerana ia bukan sebuah remaster.

Selain daripada permainan asal RollerCoaster Tycoon 3, versi Complete Edition ini juga mengandungi dua kandungan tambahan iaitu Soaked! dan Wild! Ini membuatkan Complete Edition sama seperti RollerCoaster Tycoon 3 Platinum yang dilancarkan di Steam pada tahun 2006.

Soaked! memperkenalkan bangunan-bangunan dan kemudahan untuk pembinaan taman air seperti kolam renang dan akuarium. Wild! pula membolehkan pemain memperkenalkan unsur-unsur taman safari dan zoo dalam taman tema mereka.

Jika anda lebih gemar menggunakan Steam, anda perlu membeli permainan tersebut pada harga RM39. Untuk pemilik Nintendo Switch pula, ia dijual pada harga AS$29.99 (RM125) di Nintendo eShop.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+