Roster RRQ lengkap, tiada Lemon di MPL ID musim kelapan

Ura-ura mengatakan Muhammad “Lemon” Ikhsan yang akan beraksi di Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) ID musim kelapan nampaknya kekal sebagai khabar angin.

Dalam satu video tribut di Youtube, RRQ membawakan peminat satu naratif berkisarkan pemain ‘lagenda’ itu.

Permulaan video menunjukkan bagaimana ahli-ahli yang bermain untuk musim kelapan menyarungkan jersi, meninggalkan Lemon seorang diri di rumah. Beliau juga kelihatan menyangkut jersi dalam almari (menandakan waktu untuk berehat).

RRQ juga menunjukkan perjalanan Lemon dari musim pertama MPL ID sehinggalah musim ketujuh.

Di akhir video, RRQ menunggu kepulangan Lemon yang akan bertanding lagi (memberikan kemungkinan pemain veteran itu akan kembali suatu masa nanti).

Justeru, hanya lapan pemain RRQ akan bertanding di MPL ID musim kelapan dan bukannya sembilan.

RELATED NEWS

+