RRQ Akira juara Liga LATAM 2022, bawa pulang RM88,000

Selepas menewaskan Malvinas Gaming, 4-1, akhirnya RRQ Akira berjaya memenangi liga LATAM 2022!

Liga LATAM berada dalam tier yang tinggi, sama seperti MSC 2022, cumanya ia disertai oleh pasukan-pasukan Mobile Legends di Amerika Latin.

Selain itu, RRQ Tekashi juga muncul MVP bagi kejohanan ini. Dengan kemenangan ini, mereka membawa pulang AS$20,000 (RM88,000) sebagai juara.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

RRQ adalah organisasi e-sukan yang bertempat di Indonesia. Mereka mempunyai pelbagai divisi pasukan untuk permainan peranti mudah alih.

Antara yang popular adalah RRQ Hoshi, RRQ Ryu dan juga RRQ Athena. 

RRQ pertama kali menjejakkan kaki ke Brazil dan menandatangani pemain-pemain dari Vivo Keyd bagi membentuk Akira pada Februari lalu.

Foto: Instagram @teamrrq

RELATED NEWS

+