RRQ Hoshi akan rekrut Clay dan Rinazmi dari Genflix Aerowolf?

Keputusan Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL ID) musim ketujuh yang kurang memberangsangkan buat pasukan RRQ Hoshi memberikan tanda tanya jika skuad itu akan mengambil pemain baru atau tidak.

Namun, berita ini begitu cepat tersebar apabila tiga pemain Genflix Aerowolf iaitu Clay, Rinazmi dan Marz dikatakan sedang mencuba trial. Genflix Aerowolf bukanlah biasa-biasa, mereka raih tempat ketiga di MPL ID S7 biarpun berdepan masalah dalaman.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Game MLBB Mobile Legends ML (@emak_moba)

Ini menunjukkan kemungkinan RRQ sedang mencuba cari komposisi terbaik bagi roster baru untuk musim kelapan nanti.

Malah, Clay boleh dikatakan antara pemain mage yang digeruni kerana kemahirannya sebagai midlaner. Rinazmi dan Marz yang versatil pastinya akan membantu RRQ Hoshi menyinar kembali jika mereka benar-benar akan menyertai skuad ini.

Foto: Kincir.com

RELATED NEWS

+