“RRQ Hoshi berkemungkinan mampu untuk jadi juara MSC 2022.” – Mobazane

Michael Cosgun atau lebih dikenali sebagai Mobazane sering mencetuskan fenomena apabila dia memberikan kenyataan berkaitan e-sukan MLBB.

Pemenang tempat ketiga Kejohanan Dunia M3 ini pernah menyatakan hasratnya untuk bermain di Indonesia namun memilih untuk ke Filipina tidak berapa lama kemudian.

Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2022 semakin hampir dan Mobazane tidak terlepas untuk memberikan ramalan juara untuk MSC edisi kali ini.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by ONE Esports Indonesia (@oneesportsid)

Menurut sumber dari Youtube rasminya. Mobazane berkata kemungkinan RRQ Hoshi mampu untuk bergelar juara.

“Ramalan MSC 2022? Sebelum M3, terdapat Kejohanan Jemputan Liga Profesional Mobile Legends (MPLI) dan menyaksikan Indonesia lawan Filipina.

“Siapa yang menang? ONIC Esports berjaya bergelar juara. Jadi, untuk MSC kali ini, ada kemungkinan RRQ Hoshi juga mampu untuk menjadi juara.” ujarnya.

Kejohanan MSC 2022 dijangka akan berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia pada 11 Jun hingga 19 Jun ini. 

Sumber: Youtube Mobazane, ONE Esports

Foto: Moonton Games

RELATED NEWS

+