RRQ Hoshi umum Clay sebagai pemain kedua selepas rombakan roster

RRQ Hoshi kini telah mengumumkan bahawa Clay sudah rasmi menyertai pasukan itu bagi menghadapi Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Indonesia musim kelapan.

Pengumuman itu dibuat melalui akaun rasmi Instagram milik mereka.

Perkara ini tidak mengejutkan kerana sebelum ini banyak khabar angin bahawa Clay akan masuk ke dalam pasukan dan beliau juga pernah masuk di live streaming Albertt sendiri. Ia menguatkan lagi tanda-tanda Clay akan menyertai RRQ Hoshi.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Team RRQ (@teamrrq)

Clay adalah bekas pemain Genflix Aerowolf dan salah seorang midlaner yang terbaik di arena e-sukan Mobile Legends Indonesia di mana kemampuan beliau dalam menggunakan hero-hero mage seperti Luo Yi, Selena dan Lunox sangat menakjubkan dan prestasi beliau tidak dapat disangkal lagi.

Apabila dilihat meta sekarang, Clay menjadi lebih berpotensi untuk berada di dalam pasukan kerana midlaner makin lebih berbisa dari meta sebelum ini. Namun begitu, pasti menjadi persoalan di kalangan peminat tentang siapakah yang bakal dikeluarkan selepas Clay rasmi menjadi pemain skuad mereka.

Tidak mungkin beliau menjadi pemain di bangku kerana meta sekarang sangat memerlukan pemain seperti beliau. Mungkin Vyn dan juga Pyschoo akan menjadi tank untuk bantu Clay di midlane. Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+