RRQ Kazu ke pentas Siri Dunia Free Fire, juarai Free Fire Indonesia Masters

Pasukan yang tidak asing dalam arena e-sukan Free Fire Indonesia, RRQ Kazu akhirnya muncul bergaya sebagai juara bagi kejohanan Free Fire Indonesia Masters: Fall dan menjejakkan kaki ke pentas dunia buat kali kedua.

Revolusi pasukan itu adalah salah satu yang paling lama prosesnya iaitu sejak 2019. Pada masa itu, pasukan itu dikenali sebagai SFI Zet Hades sebelum ditandatangani organisasi e-sukan Rex Regum Qeon (RRQ) dan dijenamakan sebagai RRQ Hades selepas pencapaian tempat ketiga Piala Dunia Free Fire: Rio 2019.

Kini, pasukan itu bakal sekali lagi bakal menggegarkan pentas dunia itu dibimbing In-game leader (IGL) termasyhur di Indonesia, Richard William Manurung atau lebih dikenali sebagai Legaeloth.

RRQ Kazu berjaya memperoleh dua Booyah pada aksi Grand Final sebentar tadi, dengan kutipan mata singkir tertinggi iaitu 49 mata.

Secara keseluruhan, pasukan itu berjaya mengutip 109 mata dan jarak mata hanya 11 mata sahaja dihadapan G Arsy Aphrodite yang mengumpul 98 mata dengan tiga Booyah.

RRQ Kazu akan mengiringi pasukan senegara iaitu SES Alfaink di Siri Dunia Free Fire (FFWS) Bangkok pada November. Pasukan itu bakal mengisi slot Play-Ins yang bakal dimainkan pada 24 November 2022.

Berikut adalah pemain RRQ Kazu yang bakal ke Bangkok bulan hadapan:

  • Richard William Manurung (Legaeloth)
  • Ibnu Nasir Ramdani (PacMan)
  • Victor Innocent (Maybee)
  • Shahin Taskhir (Razor)
  • Aby Siliwangi Jaya Kusuma (Abay)
  • Adi Gustiawan (Adi)

Siri Dunia Free Fire Bangkok bakal membuka tirai dari 25 November hingga 26 November. Sebanyak 17 pasukan yang dijangka bakal tiba pada edisi kali ini bagi merebut kejuaraan yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM 9,274,996 (AS$ 2,000,000).

RELATED NEWS

+