RRQ ke Brazil? Dibarisi bekas pemain Keyd Stars

Organisasi e-sukan Indonesia, RRQ dikhabarkan akan ke Brazil dengan menyertai liga profesional negara itu (MPL) Brazil musim kedua dengan lineup bekas pemain Keyd Stars.

Menurut salah satu akaun berita MLBB di Brazil, mereka mengumumkan pemain seperti Tekashi, Blink, Luiiz, Cabral dan King yang menyertai skuad itu.

Mereka juga mengatakan RRQ adalah sebuah organisasi yang disegani dalam arena kompetitif MLBB.

RRQ Brazil juga membawa dua ahli baru iaitu Seigen dan Gusta.

Namun, RRQ sendiri belum mengeluarkan kenyataan rasmi tentang ini.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by OBuff (@o_bufff)

Terdahulu, Keyd Stars bertanding di kejohanan dunia, M3 namun tewas awal dan tidak berjaya melangkah ke semi-final.

Di MPL Brazil musim pertama, mereka naib juara di belakang pasukan Red Canids.

RELATED NEWS

+