RRQ tempat kedua pasukan e-sukan dengan tontonan tertinggi pada 2024

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

League of Legends mendominasi carta bagi pasukan-pasukan e-sukan dengan tontonan tertinggi pada tahun 2024. Kejayaan Worlds Championship dan beberapa liga serantau juga menyumbang kepada peningkatan angka ini, menurut laporan Esports Charts.

Foto: Esports Charts

Namun, di platform mudah alih, RRQ terus meluncur dengan menjadi skuad kedua yang mempunyai tontonan tertinggi sekaligus mendominasi carta berkenaan. Sebagai pasukan teratas di MLBB, RRQ berjaya mencatatkan lebih 112,200,000 jam tontonan yang mana separuh daripadanya daripada tontonan MPL Indonesia musim ke-14.

Meskipun tiada kejayaan besar seperti memenangi kejohanan berprestij atau memiliki piala di peringkat antarabangsa, namun RRQ dengan kelab peminatnya yang popular berjaya menunjukkan mereka ada pengikut tersendiri dengan jumlah begitu ramai.

Cubaan RRQ menjadi juara adalah pada MPL ID musim ke-14 namun tewas di tangan Liquid ID dan di M6 di mana mereka tewas di tangan pasukan Malaysia, Selangor Red Giants.

Di tangga ketiga carta, Gen.G iaitu skuad League of Legends Korea Selatan berjaya mencatatkan sebanyak 108 juta jam tontonan.

Sumber rujukan: Esports Charts

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+