RRQ Vynn dan Alberttt bocor kekuatan pasukan Filipina

Indonesia dan Filipina adalah dua negara yang diberikan lesen francais oleh Moonton untuk liga MPL. Kedua-dua negara ini pernah menjadi juara dunia di M1 dan M2. Setiap perlawanan liga MPL mempunyai ramai penonton ketika ia bersiaran langsung.

Seperti yang dijangkakan, pasukan dari Indonesia lebih cenderung untuk scrim bersama negara luar berbanding negara sendiri. Ini kerana mereka tidak mahu membocorkan strategi mereka di antara pasukan Indonesia sendiri berikutan liga MPL yang berlangsung.

Pasukan RRQ Hoshi adalah satu dari pasukan yang kerap scrim dengan pasukan dari Filipina. Di dalam temubual bersama Vynn dan Alberttt, kedua-dua jaguh handalan itu berkongsi kekuatan pasukan dari Filipina ketika ini. 

Mereka mengungkapkan pasukan Filipina lebih hebat bermain hero fighter manakala pasukan Indonesia lebih kuat dari segi hero marksman. Seperti kita sedia maklum, kemaskini terkini Mobile Legends menguatkan lagi kekuatan marksman.

“Meta marksman sekarang ini dipegang oleh pasukan dari Indonesia, mereka lebih kuat berbanding Filipina. Manakala pasukan dari Filipina lebih hebat menggunakan hero fighter yang agresif” ujar Donkey.

Vynn juga ada memberikan ulasan tentang kekuatan marksman dan kejutan yang dilakukan oleh EVOS Legends sewaktu El Clasico tempoh hari.

“Semua pasukan dari Indonesia ini sama kuat ketika ini. Seperti yang kita lihat di minggu-minggu terakhir MPL ID, akan selalu ada kejutan” kata beliau.

“Saya terkejut melihat REKT menggunakan marksman, tapi sehari sebelumnya saya sempat menonton penstriman beliau. Saat itu Rekt memakai marksman dan tidak sangka beliau menggunakan marksman di El Clasico” tambah Vyn.

Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+