RSG bersedia ‘tawan’ Filipina

RSG, organisasi esukan profesional yang berpangkalan di Singapura semalam berkongsi rancangan mereka untuk mengembangkan pengaruh di Filipina dengan memberi fokus pada perkembangan bakat e-sukan buat komuniti dan tingkatkan pengalaman peminat.

Antara perancangannya ialah memberikan latihan dan perkembangan untuk pasukan pertama RSG PH sempena penampilan pertama mereka di kejohanan rasmi Mobile Legends: Bang Bang Professional League Philippines (MPL PH) Season 8.

Organisasi itu juga berhasrat untuk memperluaskan keupayaan kompetitif  mereka dalam permainan lain di platform lain seperti PC dan mudah alih, menyokong pencipta kandungan dan bakat tempatan serta melaksanakan kolaborasi secara jangka masa panjang untuk meningkatkan kesedaran dan minat terhadap e-sukan. 

Selain itu, RSG juga memperkenalkan barisan pasukan profesional tempatan pertama mereka di Filipina. RSG PH akan diketuai Kenneth Jiane ‘Kenji’ Villa dan dilatih oleh penyumbang medal emas Filipina di Sukan SEA ke-30, Brian ‘Panda’ Lim. Selain itu, Elyson Edouard ‘Ghost Wrecker’ Caranza, streamer popular Filipina juga akan menyertai barisan pasukan RSG di sana.

Organisasi yang ditubuhkan sejak 2017 itu sudah membina empayar di seluruh Asia Tenggara terutamanya di Singapura, Malaysia, Vietnam dan Filipina dan sudah terlibat dalam lebih 200 kejohanan di dalam permainan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), Call of Duty dan Warcraft.

Malah mereka berhasrat untuk bersaing lebih banyak kejohanan permainan dan menggapai hingga 150 juta penonton di Asia Tenggara di hujung 2021. 

RELATED NEWS

+