"> " /> " />

RSG MY bertembung RSG SG di MSC 2021?

Nampaknya RSG MY akan bertembung dengan pasukan dari organisasi yang sama iaitu RSG SG dalam peringkat kumpulan Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC 2021) yang akan berlangsung pada 7 Jun ini.

Pengumuman itu dibuat ketika sesi cabutan undi peringkat kumpulan yang diadakan pada semalam.

Mereka juga akan bertembung IDNS dari Thailand yang menjuarai MSC pada tahun 2017.

Sementara itu, satu lagi wakil Malaysia, Todak berada dalam kumpulan bahaya melawan juara MPL ID musim ketujuh dan juara dunia, M1 iaitu EVOS Legends. Pasukan Vietnam, Cyber Exe juga ada dalam kumpulan ini.

Pasukan Indonesia, Bigetron Alpha pula akan berlawan dengan skuad Kemboja, Impunity KH dan wakil Filipina yang juga juara MPL PH baru-baru ini, Blacklist International.

EVOS SG dari Singapura pula akan lawan Execration dari Filipina dan Nightmare Esports dari Laos.

MSC 2021 akan bermula pada 7 Jun hingga 13 Jun ini, mengumpulkan hadiah terkumpul AS$150,000 (RM615,700) yang akan direbut 12 pasukan dari lapan negara.

Saksikan siaran langsung di Facebook, TikTok dan Youtube.

RELATED NEWS

+