RSG MY juara MPL MY musim ketujuh

RSG MY muncul juara bagi Liga Profesional Mobile Legends (MPL MY) musim ketujuh yang berlangsung sejak Jumaat lalu selepas menewaskan Todak MLBB dengan skor 4-2.

Dengan kemenangan ini, RSG MY juga adalah wakil Malaysia ke Piala Asia Tenggara (MSC 2021) bersama Todak MLBB.

RSG MY memasukkan tiga pemain baru iaitu Lolealz, Zacus dan Izanami sepanjang musim liga.

Ini juga bermakna RSG MY berjaya menghalang hasrat Todak untuk menjadi juara berturut-turut MPL.

Dalam perlawanan best of 7 yang dimainkan, nyata RSG MY mempunyai kelebihan dari segi draft dengan memanfaatkan penggunaan Khufra. Hero ini adalah playmaker yang banyak membantu RSG untuk menang dan menjatuhkan pemain-pemain Todak.

Lolealz juga menjadi MVP playoffs dan menerima 365 hari sajian McDonald’s percuma.

Playoffs MPL MY musim ketujuh mengumpulkan lapan pasukan Mobile Legends terbaik bertarung sehingga Ahad.

Sebanyak AS$100,000 (RM413,500) ditawarkan kepada pasukan yang bertanding.

Dua pasukan Malaysia di ranking teratas dipilih sebagai wakil untuk Piala Asia Tenggara (MSC 2021) yang bakal berlangsung 7 Jun ini.

RELATED NEWS

+