RSG MY membawa masuk Atai dan Nunaa

Sebelum ini RSG Malaysia baru sahaja mengucapkan selamat tinggal kepada semua barisan pemain pasukan PUBG Mobile wanita mereka, RSG Ember. 

Pasukan itu diwakili streamer dari tanah air iaitu Meen, May, Nunaa dan Maru. Walaupun pengumuman itu tidak didedahkan puncanya namun ia menjadi salah satu sebab untuk memfokuskan skuad utama PUBG Mobile mereka.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by RSG (@rsg.sgmy)

Kini RSG Malaysia membawa masuk kembali Nunaa dan ahli baru Ataii dari Damansara Flash Vision (DSV) ke dalam pasukan PUBG Mobile mereka.

Ini menjadikan 7 orang jumlah pemain selepas Rex juga dimasukkan ke dalam pasukan pada 2 Julai. Nunaa dan Atai akan bersama dengan empat ahli pasukan yang lain iaitu Smallboy, Badman, Kim, dan Rex.

ChillReX kembali ke posisi jurulatih.

Mereka akan menurut serta di dalam PMPL MY/SG musim keempat yang akan berlangsung pada 24 Ogos ini. Mampukah juara bertahan ini mengekalkan kedudukan mereka?

Selamat datang diucapkan kepada mereka berdua. Semoga akan terus maju jaya dengan RSG Malaysia!

Foto: RSG Malaysia

RELATED NEWS

+