RSG MY mengucapkan selamat tinggal kepada Badman

Sean Tan atau lebih dikenali sebagai Badman adalah Pemain PUBG Mobile untuk pasukan RSG MY. Selepas 9 bulan bersama pasukan, beliau kini meninggalkan pasukan itu. Pengumuman itu dibuat oleh RSG MY di Instagram mereka.

Sepanjang dua musim Badman bersama RSG MY, beliau sudah berjaya mengangkat trofi selepas memenangi PMPL MY/SG musim ketiga.

Ia menjadi pencapaian yang sangat bermakna buat Badman oleh kerana beliau baru sahaja berhijrah dari PUBG PC ke PUBG Mobile ketika itu.

Selamat maju jaya diucapkan kepada Badman, semoga beliau akan terus bermain di arena kompetitif PUBG Mobile di musim seterusnya.

Pada masa yang sama, pasti ramai di antara peminat yang ingin tahu siapakah pemain baru yang akan menggantikan beliau atau adakah RSG MY akan mengekalkan lineup yang lama tanpa mengambil pemain baru. Kita bakal saksikan.

RSG MY divisi PUBG Mobile dianggotai oleh Smallboy, Rex, Kim, Atai, Nunaa dan Chillrex.

Foto: RSG MY

RELATED NEWS

+