Ruination dan Sentinels of Light tiba di Legends of Runeterra melalui kemaskini 2.12.0

Ruination kini tiba di Legends of Runeterra dengan kemaskini terbaru. Kemaskini ini memperkenalkan dua champion terbaru iaitu Viego dan Akshan. Selain itu, terdapat juga 21 koleksi kad, termasuk pengikut, spells dan landmark yang bertemakan Ruination dan Sentinels of Light.

Bermula 14 Julai, satu acara baru, Sentinels of Light akan berlangsung sehingga 10 Ogos yang didatangkan dengan Event Pass yang menampilkan ganjaran eksklusif berdasarkan Ruination dan Sentinesl of Light.  

Melalui Event Pass, pilih kesetiaan anda di antara dua pihak sama ada Ruination King atau Sentinels of Light. Dengan menentukan pilihan anda, anda akan menerima ganjaran Event Pass, dan setiap mata akan diberikan kepada pihak anda di pertarungan Sentinel of Light Community.

Selain itu, Legends of Runeterra juga mengumumkan penglibatan di dalam The Sentinels Initiative, iaitu sebuah gerakan kebajikan untuk Riot Games Social Impact Fund, bersama LoL PC, Wild Rift dan Teamfight Tactics.

Setiap kali anda melepasi level di Event Pass, anda akan menyumbang mata kepada Charity Drive Pool yang mana, setiap sejuta mata pemain akan menambah jumlah derma AS$100,000. Jumlah derma itu berpotensi dikumpul sehingga $4 juta. 

Untuk info lanjut anda boleh layari DI SINI

RELATED NEWS

+