Rush mahu keluar industri e-sukan, nak kejar impian ‘kerja kapal’

Pemain veteran Mobile Legends Malaysia, Herwin Baharuddin atau lebih dikenali sebagai Rush, memutuskan untuk keluar daripada industri e-sukan tanah air.

Perkara ini mengejutkan ramai pihak terutamanya peminat Rush sendiri kerana dia adalah salah seorang streamer terkenal di Facebook.

Menerusi sebuah hantaran video Rush di akaun Facebooknya, dia mahu menjual segala perkakasan PC kerana mahu memulakan kehidupan barunya sebagai pekerja kapal.

“Saya mahu kerja kapal, jadi bila kerja kapal saya tidak mempunyai masa untuk melakukan strim.

“Sekarang ini, nak cari makan melalui penstriman susah sikit, jadi saya lebih memilih untuk mengejar impian saya,” katanya.

Perkara ini mengejutkan ramai pihak terutamanya peminat Rush sendiri kerana dia adalah salah seorang pemain terawal yang menceburi arena kompetitif Mobile Legends di Malaysia.

Sejarah Rush

Rush mula dikenali di arena komepetitif Mobile Legends Malaysia semasa dia berjaya memenangi MSC Qualifiers Finals 2017 bersama-sama Team Saiyan.

Selepas daripada Team Saiyan, Rush sempat bermain untuk AirAsia Saiyan pada tahun 2018.

Sebaik sahaja kontrak di antara AirAsia dan Team Saiyan tamat, maka bermulalah penubuhan Team Bosskur yang kita ketahui sekarang ini.

Sempat berada di Team Bosskur selama empat musim, Rush memutuskan untuk keluar daripada pasukan lamanya itu dan bergabung bersama organisasi RSG.

Pasukan RSG MY berjaya menjuarai MPL musim ke-7 sekaligus melayakkan diri ke kejohanan MSC 2021.

Meskipun prestasi RSG cukup cemerlang di MPL musim ke-7, tetapi pada musim ke-8 mereka tidak dapat mengekalkan momentum itu.

Rush, Logan, Zaraki, Kaizer, dan Loleaz memutuskan untuk keluar daripada RSG MY selepas habisnya MPL musim ke-8.

Pada MPL musim ke-9, mereka menubuhkan Team Caracal dan bermain daripada peringkat kelayakan.

Mereka berjaya melayakkan diri ke liga MPL dan mendapat tempat ke empat di pusingan playoff.

Namun baru-baru ini, Team Caracal melepaskan semua pemain mereka. Semoga berjaya Ciwing!

Foto: Instagram Rush

RELATED NEWS

+