Ryzen kini berehat dari dunia kompetitif PUBG Mobile

Ryzen adalah salah seorang pemain profesional PUBG Mobile yang berasal dari Indonesia.

Juara PMWL dan PMPL ID ini sangat lincah dengan corak permainannya yang tidak dapat diduga oleh pihak musuh.

Boleh dikatakan Ryzen adalah tunggak utama pasukan BTR di Kejohanan Dunia PUBG Mobile (PMGC) 2020.

Namun begitu, BTR kini mengumumkan bahawa Ryzen akan berehat dari dunia kompetitif PUBG Mobile.

Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran di Instagram rasmi mereka.

Adakah kita akan melihat Ryzen kembali semula ke dalam dunia kompetitif? Terlalu awal buat Ryzen untuk berehat dari dunia kompetitif. Dia baru sahaja berumur 20 tahun ketika ini.

Sumber: BTR

RELATED NEWS

+