s1mple ingin ke VALORANT selepas tamat bermain CSGO

Pemain Counter Strike Global Offensive (CSGO) pasti mengenali legenda NAVI iaitu s1mple. Pemain berasal dari Ukraine ini membawa impak berbisa kepada permainan dengan kepakaran AWPnya. Beliau juga dianggap antara pemain terbaik CSGO di dunia.

Dalam satu temubual Oleksandr Kostyliev bersama Dexerto, beliau menunjukkan minatnya untuk menyertai arena kompetitif VALORANT selepas tamatnya bermain CSGO secara kompetitif.

Walaupun sudah lama bergiat dalam dunia CSGO, s1mple bukan calang-calang pemain di permainan penembak taktikal hasil Riot Games itu. Beliau juga dilihat bermain dengan nama-nama besar di VALORANT

Selain VALORANT, s1mple juga berkata bahawa beliau mungkin akan bermain FIFA secara kompetitif.

Selepas temubual ini, peminat berkata bahawa s1mple sudah selesa dengan idea berpindah kepada VALORANT kerana beliau sudah menjuarai PGL Stockholm Major pada tahun lepas. Ini kali pertama beliau menjuarai kejohanan peringkat Major. 

Namun, ramai pemain CSGO yang dahulu berpindah ke VALORANT kini kembali ke CSGO atas sebab-sebab tertentu seperti nitr0 dan Autimatic. 

Setakat ini, s1mple masih bermain CSGO bersama NAVI dan belum ada pengumuman beliau bersara dari permainan Valve itu.

Sumber rujukan: Dexerto

RELATED NEWS

+