Saat ikonik “Mama, Aku Di TI” diabadikan sebagai Chat Wheel

Kejohanan The International (TI) adalah kejohanan terbesar bagi Dota 2 dan ia menjadi impian setiap pemain untuk menjulang piala Aegis of the Champions.

Malah, jika tidak dinobatkan sebagai juara di TI dapat mencipta saat ikonik juga salah satu cara untuk mengukuhkan legasi anda. Itulah yang dilakukan oleh Xepher di TI10.

Bagi sesiapa yang terlepas saat ikonik itu, boleh lah lihat video di bawah.

Xepher, dari pasukan T1, ditemu ramah oleh SirActionSlacks selepas menentang Alliance dan apabila diminta untuk memberi sepatah dua kata untuk peminat beliau dari Indonesia, Xepher meminta izin untuk bercakap dalam Bahasa Indonesia dan berkata “Mama, aku di TI”.

Kenyataan yang lucu ini diterima secara positif oleh SirActionSlacks yang menyatakan bahawa beliau memahami apa yang dikatakan oleh Xepher. Malah, ramai peminat suka akan respons Xepher itu sehinggakan ia dijadikan Chat Wheel Voice Line di Dota 2.

Anda boleh mendapatkannya di T1 Supporters Club dalam permainan dan ia bernilai RM60 untuk pakej Gold yang memberikan ada ayat ikonik itu.

Buat masa ini, pasukan T1 sedang bermain di Dota Pro Circuit SEA 2021/22 Tour 1: Division I dan sudah memenangi perlawanan menentang TNC Predator dengan skor mutlak 2-0. T1 akan menentang Team SMG pada 9 Disember.

Sumber rujukan: Skor

RELATED NEWS

+