SAH: PlayStation Menamatkan Sokongan Facebook Untuk Kongsi Gambar & Video Dari PS4

Kalau korang suka berkongsi gambar dan video PS4 ke Facebook, ini adalah berita buruk bagi korang kerana PS4 tidak lagi menyokong integrasi Facebook.

Nampak gayanya ketiadaan Facebook di PS4 ini benar-benar berlaku pada hari ini (8 Oktober 2019) seperti yang pernah dilaporkan oleh JomGaming

Sony telah mengetengahkan isu ini dalam artikel mereka, “Facebook bukan lagi menawarkan saluran untuk berkongsi gambar, video, muzik dan trofi atau pautan untuk siaran langsung game untuk pemain (broadcast gameplay).”

Ini bermakna korang tidak boleh ketahui rakan-rakan Facebook yang bermain PS4 kerana pengguna tidak boleh menyambung akaun Facebook ke akaun PlayStation Network (PSN). Gambar profil daripada Facebook sebagai gambar profil PSN juga tidak boleh digunakan.

Jurucakap Facebook berkata kepada Kotaku mengulas lebih lanjut tentang isu ini: “Kami sedang mencapai kata sepakat bersama Sony untuk mengemaskini kontrak bagi mempertingkatkan integrasi Facebook di PlayStation.

“Sepanjang perbincangaan antara dua pihak ini, PS4 tiada lagi sokongan daripada Facebook. Kami harap kami akan bawakan kembali sokongan ini sebaik sahaja kami mencapai persetujuan.”

Saya sering menggunakan sokongan Facebook di PS4 kerana ia amat mudah untuk memuat naik gambar atau video demi tujuan kerja atau disimpan sebagai kenangan dalam album Facebook. Buat masa sekarang, korang masih boleh kongsi gambar dan video di Twitter pula.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

 

RELATED NEWS

+