Kejohanan dunia Dota 2, The International 11 sah akan diadakan di Singapura tahun ini, pertama kali di Asia Tenggara.
View this post on Instagram
Ia akan diadakan di Indoor Stadium dan Suntec Arena Singapura pada Oktober ini.
Berita ini sudah pastinya menggembirakan peminat di Malaysia apabila mereka tak perlu berfikir panjang untuk menyaksikan kejohanan e-sukan dengan hadiah terkumpul tertinggi ini kerana ia berdekatan saja.
Singapura menyaksikan banyak kejohanan besar dianjurkan antaranya kejohanan dunia Mobile Legends, M2, M3 dan kejohanan dunia Free Fire (FFWS).
Sebelum ini, kejohanan Major Dota 2 iaitu Singapore Major pernah diadakan di Kota Singa ini.