Saiz permainan video PS5 masih besar dan ada yang melebihi 100GB

Permainan video generasi baharu PlayStation 5 sudah pun didedahkan berapa besar saiz failnya. 

Walaupun ada teknologi yang boleh membantu PS5 untuk kurangkan saiz fail permainanya, elemen lain seperti 4K, ray-tracing dan pembinaan dunia yang lebih menyeluruh dan realistik pastinya membuatkan pengurangan ini seperti tidak terasa sangat.

Contohnya, Spider-Man: Miles Morales memerlukan sekurang-kurangnya 50GB tapi jika anda ingin bermain Ultimate Launch Edition, ia menggunakan sebanyak 105GB storan.

Demon’s Souls yang juga permainan generasi baharu memerlukan 66GB apabila dilancarkan di PS5. Bayangkan bagaimana pula GTA 6 dan Cyberpunk 2077 punya saiz fail. 

Nampaknya untuk PS5, tiada pengecualian untuk fail saiz lebih kecil bagi permainan video di konsol ini. Di kawasan kampung dan sambungan akses Internet yang kurang laju pastinya menyukarkan mereka untuk memilih versi digital.

PlayStation 5 akan dilancarkan pada 19 November di seluruh dunia, berharga sekitar RM2,100 dan RM1,700 untuk digital.

Artikel berkaitan: Pengumuman besar ketika PS5 Showcase

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+