Saksikan Gameplay Harry Potter: Hogwarts Mystery Dalam Trailer Terbaru

Harry Potter: Hogwarts Mystery, sebuah permainan mudah alih genre RPG akan datang tak lama lagi (mungkin sekitar April) ke Android dan iOS. Untuk bagi korang lagi exciteddeveloper Jam City mengeluarkan trailer pertama yang menyaksikan kehidupan pelajar Hogwarts.

Tak hanya belajar membuat posyen, teaser itu juga menunjukkan pemain belajar menggunakan wand dengan lebih mahir. Watak terkenal seperti Albus Dumbledore dan Severus Snape juga akan ditemui dalam permainan ini.

Kalau korang dah tak sabar nak main, bolehlah pra-daftar dulu di Google Play sebelum permainan penuh dilancarkan. Pra daftar ini akan memastikan korang mendapat berita terawal jika permainan ini sedia dimainkan.

Sumber: Polygon

RELATED NEWS

+