Saksikan Macam Mana Hebatnya Atuk Ini Bermain Apex Legends! – Tak Guna Skop Pun

Siapa kata atuk tak boleh main game, lebih-lebih lagi Apex Legends?

Seorang streamer yang dikenali dengan nama GrndPaGaming (nama on-point betul!) mendapat killing spree dan sempat lagi trash talk kepada musuh beliau. Kalau korang nak tahu, atuk ini merupakan Navy Diver yang sudah bersara dan rajin stream beberapa game termasuklah Apex Legends dan dia memang pandai pun main permainan video ini.

Ketika bermain permainan ini, dia ditinggalkan dalam situasi rumit 2 lawan 1. Jadi apa atuk ni buat? Dia melepaskan tembakan menggunakan Triple Take tanpa menggunakan skop pun dan berjaya membunuh musuh yang tertinggal itu.

Walaupun usianya sudah lanjut, namun sebenarnya ini tak menghalang sesiapa pun untuk hebat bermain mana-mana game. Ketepatan dan reaksi yang pantas boleh lagi dikekalkan kalau kita betul-betul bertuah. 

Apex Legends sekarang boleh dimainkan secara percuma di platform PS4, Xbox One dan PC. Adakah akan ada versi mobile dalam masa terdekat? Jeng jeng jeng! Kita tunggu!

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+