Saksikan Video Gameplay Red Redemption 2 Pada Jam 11 Malam Ini!

Selepas setahun ditunda, ramai yang menantikan gameplay terbaru untuk permainan video paling dinantikan iaitu Red Dead Redemption 2.

Dengar khabar, ia akan dilancarkan secara rasmi pada 26 Oktober ini di PlayStation 4 dan Xbox One. Hari ini, Rockstar mengumumkan yang korang boleh saksikan gameplay video buat pertama kalinya pada malam ini!

Tepat jam 11 malam ini (waktu Malaysia), jangan lupa untuk layari laman web rockstargames.com ataupun menonton video gameplay itu di saluran rasmi Rockstar Games di Youtube.

RDR 2 adalah permainan bergenre aksi kembara yang menggunakan tema Wild West dan geng Cowboy.

RELATED NEWS

+