Salah satu daripada studio permainan Google yang ditutup, dibuka semula dengan nama baru, Racoon Logic

Typhoon Studio, studio pembangun dalaman Google yang sebelum ini ditutup, kini dibuka dengan nama baru.

Diumumkan semasa sidang media syarikat, studio yang berpangkalan di Montreal itu, kini dengan nama Racoon Logic, akan menyambung kerja yang ditinggalkan Typhoon Studio sebelum ini. Mereka juga mendapatkan semula hak milik IP untuk Journey to the Savage Planet.

Racoon Logic juga menguruskan untuk mengekalkan bakat-bakat yang dibentuk Typhoon Studio sebelum ini. 

Malah, pengasas studio juga menggalas pengalaman yang cukup mengagumkan dengan ahli pasukan yang sebelum ini bekerja untuk Ubisoft, Electronic Arts dan WB Games Montreal.

Alex Hutchinson sebelum ini Pengarah Kreatif untuk Far Cry 4 dan Assassin Creed 3 keluaran Ubisoft. Manakala Reid Schneider sebelum ini adalah Pengasas Bersama WB Games Montreal dan Penerbit Eksekutif Batman: Arkham Origin dan Batman: Arkham Knight. 

Mereka juga disertai Yannick Simard (Watch Dogs 1 dan 2), Erick Bilodeau (Batman: Arkham Origin) dan Marc-Antoine Lussier (Assin Creed  1-3 dan Assassin Creed Unity).

Dalam usaha reformasi studio, mereka juga mmendapat pelaburan awal daripada syarikat teknologi China, Tencent.

Hutchinson juga ada berkongsi sedikit selingan mengenai projek debut mereka. “Kami sukakan permainan yang sistemik, permainan yang ada humor dan permainan yang kuat dengan rasa yang boleh mendapat pelbagai reaksi pemain. Kami akan teruskan idea ini dan kami ada sesuatu yang ingin ditunjukkan.”

Seterusnya di dalam sidang media itu, Hutchinson mengesahkan bahawa Racoon Logic akan membangunkan francais Journey to the Savage Planet untuk masa akan datang.

Journey to the Savage Planet awalnya dijangka dilancarkan pada Januari 2020 untuk PC, Xbox One dan PS4. Permainan itu kemudiannya dilancarkan di Google Stadia pada 1 Februari tahun ini – hari yang sama Google menutup Typhoon Studio dan pembangun-pembangun yang lain.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI. 

RELATED NEWS

+