Saluran YouTube PUBG Mobile Esports dipadam, selepas dilaporkan digodam

Saluran YouTube rasmi untuk kejohanan e-sukan PUBG Mobile iaitu PUBG Mobile Esports dipercayai dipadam selepas ianya dilaporkan digodam baru-baru ini. 

Dilaporkan pada 1 Oktober lalu, laman YouTube dengan jumlah langganan sebanyak lebih 3 juta itu digodam dan ditukar nama kepada SpaceX 2021, sebelum Tencent berjaya mendapatkan semula akses kepada akaun itu. 

Buat masa ini, jika anda cuba untuk mencari saluran itu, ianya hanya akan memaparkan ‘404 error’ selain menyatakan saluran itu tidak lagi tersedia. 

Jadi kemungkinan pemadaman saluran itu berkait rapat dengan isu saluran itu digodam baru-baru ini. Namun, sehingga kini Tencent masih lagi tidak mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai hal ini. 

Sumber: Dot Esports

RELATED NEWS

+