Sambut gol dalam eFootball lain pula jadinya

EFootball yang menjadi pengganti PES banyak menjadi kontroversi beberapa bulan lalu kerana terlalu banyak pepijat dalam program mereka.

Kebiasaan permainan video bola sepak, setiap kali ada gol dibuat sudah pasti anda akan melihat pemain yang skor akan membuat sambutan mereka terendiri.

Bagi Firman X Gaming yang bermain eFootball versi mudah alih lain pula jadinya.

Siapa sangka sambutan gol biasa menjadi lebih menarik dari biasa.

Firman berjaya menjaringkan gol ke pihak lawan dan setiap kali apabila pemain bola yang skor mahu meraikannya, pemain itu bertindak untuk berlari dari padang pihak lawan sehingga terus terkeluar dari stadium.

Lebih melucukan, pemain-pemain bola sepak lain yang mengikuti sambutan gol itu juga terkeluar daripada stadium.

Permainan kemudian menjadi gelap dan anda boleh melihat kamera stadium semakin lama semakin jauh.

Apa lagi pengalaman pelik eFootball yang pernah anda kena?

RELATED NEWS

+