Sudahkah anda bersedia untuk menyambut ulang tahun ke-5 permainan MOBA terkemuka di dunia, Mobile Legends Bang Bang? Moonton mengumumkan acara sambutan secara besar-besaran yang akan berlangsung pada 2 Oktober, jam 8 malam. Acara ini akan membabitkan semua peminat dan pemain MOBA itu."> Sudahkah anda bersedia untuk menyambut ulang tahun ke-5 permainan MOBA terkemuka di dunia, Mobile Legends Bang Bang? Moonton mengumumkan acara sambutan secara besar-besaran yang akan berlangsung pada 2 Oktober, jam 8 malam. Acara ini akan membabitkan semua peminat dan pemain MOBA itu." /> Sudahkah anda bersedia untuk menyambut ulang tahun ke-5 permainan MOBA terkemuka di dunia, Mobile Legends Bang Bang? Moonton mengumumkan acara sambutan secara besar-besaran yang akan berlangsung pada 2 Oktober, jam 8 malam. Acara ini akan membabitkan semua peminat dan pemain MOBA itu." />

Sambut ulang tahun ke-5 Mobile Legends: Bang Bang dengan pelbagai acara menarik

Sudahkah anda bersedia untuk menyambut ulang tahun ke-5 permainan MOBA terkemuka di dunia, Mobile Legends Bang Bang? Moonton mengumumkan acara sambutan secara besar-besaran yang akan berlangsung pada 2 Oktober, jam 8 malam. Acara ini akan membabitkan semua peminat dan pemain MOBA itu.

Untuk menyambut ulang tahun ke-5 Mobile Legends Bang Bang, Moonton akan menganjurkan perlawanan All-Star yang mana ahli pasukannnya akan ditentukan oleh peminat dan pemain MLBB. Anda boleh mengundi ahli All-Star anda bermula 2 September hingga 12 September. Lebih 60 pemain e-sukan dan pempengaruh akan terbabit dalam acara ini!

Selain itu, Moonton juga akan melancarkan video muzik Ulang Tahun Ke-5 yang ekslusif kepada Malaysia sahaja. Video acah akan dilancarkan pada September 17 dan muzik video ini akan dinyanyikan dalam Bahasa Malaysia. Jangan lupa untuk langgan kepada laman YouTube Moonton agak anda tidak terlepas video ini!

Skin Miya

Pemain juga akan diberikan skin bagi menyambut ulang tahun ini. Pemain hanya perlu log masuk antara September 21 hinga Oktober 8 serta menyiapkan tugasan harian untuk menebus skin Miya.

Akhir sekali, Moonton akan memperkenalkan beberapa perubahan drastik dari segi visual dan skil bagi 4 hero iaitu Lancelot, Odette, Hayabusa dan Kagura. Perubahan ini sebahagian dari kemas kini patch Project NEXT.

Hayabusa

Kagura

Lancelot

Odette

 

RELATED NEWS

+