Sambutan PUBG Mobile Di SCG 2019 Sangat Luar Biasa! 550 Pendaftaran Awal Dalam Masa Dua Hari

Sambutan bagi kategori PlayerUnknown’s Battlegrounds mudah alih (PUBG Mobile) dalam kejohanan Permainan Siber Selangor (SCG) 2019 mencatatkan fenomena tersendiri apabila menerima lebih 550 pendaftaran awal (pasukan) sejak dua hari lepas.

Pengarah Mineski Events Team Malaysia, Firdaus Hashim berkata pihaknya teruja dengan sambutan hangat itu.

“Kami terkejut dan tidak menyangka menerima sambutan sebegini dari komuniti PUBG Mobile.

“Semoga komuniti e-sukan di Malaysia akan terus berkembang bagi semua permainan video (e-sukan) yang berada di pasaran,” katanya.

Mengulas mengenai ketiadaan permainan mudah alih Mobile Legends: Bang Bang (yang mana ia menjadi tarikan pada tahun lalu, menawarkan hadiah wang tunai terkumpul RM50,000), Firdaus berkata, tahun ini mereka ingin letak fokus pada permainan baharu yang trending.

“Tahun ini, kita ingin fokus pada PUBG Mobile. Jumlah permainan dikurangkan bagi memastikan kualiti pertandingan dapat dipertingkatkan selain mengurangkan masalah teknikal semasa pertandingan,” katanya.

Ini adalah pecahan prizepool mengikut permainan e-sukan yang dipertandingkan:

Dota 2 – RM30,000 (128 pasukan bermain online dan 8 pasukan layak ke peringkat akhir selepas tamat kelayakan)

PUBG Mobile – RM100,000 (512 pasukan bermain online dan 6 pasukan jemputan + 10 pasukan yang ditapis daripada kelayakan akan bertembung di peringkat akhir)

FIFA 20 – RM55,000 (512 pemain)

Tekken 7 – RM30,000 (128 pemain)

Ini adalah kali keenam kejohanan seumpama ini diadakan bersama Majlis Sukan Negeri Selangor, Mineski Events Team Malaysia dan Big Machinez.

Acara ini juga mendapat sokongan daripada Penggerak Belia Tempatan (PeBT), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Persatuan Esports Selangor (ESS) dan Tencent.

Bagi anda yang ingin menyertai, boleh mendaftar di www.selangorcybergames.net.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+