Satu bug Marvel Rivals menyebabkan ‘Pay to Win’ tanpa sedar

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Tidak kira permainan video apa sudah semestinya tidak akan terlepas daripada bug.

Tetapi lain pula buat Marvel Rivals sehingga beberapa pemain mengatakan bug ini adalah ‘Pay to Win’.

Foto: NetEase/Marvel

Selalunya istilah Pay to Win digunakan apabila seseorang pemain permainan video kompetitif menggunakan wang untuk memastikan karakternya lebih kuat dari pemain lain.

Untuk Marvel Rivals yang percuma, bug itu membuatkan beberapa pengguna mendapat kelebihan besar berbanding orang lain.

Bukanlah istilah yang sesuai tetapi bug ini patut diperbaiki oleh NetEase secepat mungkin.

Bug apakah itu?

Pemain sedar bug ini akan muncul apabila anda menggunakan framerate rendah di mana beberapa hero akan mengenakan damage lebih kurang berbanding pemain dengan framerate tinggi.

Ini bermakna jika anda menggunakan PC lebih tinggi spesifikasi anda akan mendapat kelebihan lebih banyak daripada orang lain.

Bukan sahaja damage tapi beberapa skill hero Marvel Rivals juga berbeza mengikut framerate anda.

Setakat ini hanya lima hero disedari mempunyai bug ini. Ada bug berkaitan dps atau pergerakan mengikut hero.

Dr Strange mempunyai keupayaan untuk terbang tetapi disebabkan frames per second (fps) rendah ketinggian terbangnya adalah lebih rendang berbanding fps tinggi.

Buat Wolverine pula serangan ketika fps rendah adalah lebih lambat berbanding fps tinggi. Ini bermakna Wolverine dengan fps tinggi dapat membunuh musuh dengan lebih pantas berbanding pengguna fps rendah.

Venom boleh memanjat dan berjalan di atas dinding. Dengan fps rendah, pergerakan Venom lebih perlahan berbanding fps tinggi.

Magik pula mempunyai dash untuk terus membuat combo. Tetapi fps rendah membuatkan dash itu lebih pendek dari yang asal. Ini bermakna dash anda tidak akan mengena disebabkan fps rendah sekaligus tidak boleh membuat combo.

Akhir sekali, Ultimate milik Star Lord membolehkan Star Lord menembak musuh tanpa terus membida. Tetapi fps rendah membuatkan tembakan Star Lord lebih perlahan daripada fps tinggi. Ini membuatkan musuh mati lebih lambat dari biasa.

Bug sebegini sepatutnya tidak berlaku tetapi terdapat beberapa permainan video yang mempunyai bug yang sama tetapi telah pun dibaiki oleh pembangun mereka.

Harap-harap NetEase memperbaiki bug ini sebelum berakhirnya Musim 0.

RELATED NEWS

+