Pemain profesional PUBG Mobile AXIS Esports, Muhammad Izzrudin Hashim atau lebih dikenali sebagai Jumper, 23, menyatakan bahawa dia akan bermain di lineup pertama Tabah NSEA untuk sukan SEA ini.
“Saya akan bermain di lineup utama dan Rush yang akan berada di bangku simpanan,” katanya ketika ditemui pengamal media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2), pagi tadi.
Dia juga menyatakan bahawa mereka sudah melakukan latihan bootcamp sebelum mereka bergerak ke sukan SEA Hanoi 2021.
“Kami sudah melakukan latihan bootcamp dan pada setiap hari akan melakukan latihan pada waktu petang, malam dan tengah malam. Dalam sehari kami akan berlatih sebanyak 15 perlawanan.
“Selepas latihan kami akan berbincang bersama-sama mengenai gameplay kami dan pada waktu petang kami akan berjogging untuk mendapatkan keserasian yang lebih baik,” ujarnya.
@mygameondotmy @DinJumper jadi pemain lineup utama di Sukan SEA 2021 ini #malaysiaroar #malaysiaboleh #seagames31 #fyp #kakigaming ♬ BORN FOR THIS – Foxxi
Jumper juga sempat mengatakan bahawa keserasiannya sudah lebih baik bersama pasukan Tabah NSEA dan dia berharap agar semua berjalan dengan lancar.
Semoga Jumper dan pasukan Tabah NSEA dapat memberikan prestasi yang baik di kejohanan sukan SEA 2021.
Acara berkumpulan PUBG Mobile akan bermula pada 18 Mei ini.
Semoga berjaya Tabah NSEA!