“Saya akan cuba ke Indonesia, Februari nanti,” – MobaZane

Pemain jungler BTK, Michael Cosgun atau MobaZane berhasrat untuk ke Indonesia pada bulan Februari nanti dan bertemu dengan ahli pasukan profesional Mobile Legends di sana.

“Saya hanya berbincang dengan mereka (pasukan-pasukan) tapi tidak menandatangani mana-mana kontrak.

“Saya akan cuba ke Indonesia pada Februari dan meminta izin untuk tinggal sementara di gaming house pasukan profesional di sana,” katanya dalam satu penstriman langsung di Youtube baru-baru ini.

Terdahulu, MobaZane juga mengkhabarkan beliau berminat untuk masuk pasukan RRQ jika diberi peluang malah dia mengakui dilamar oleh beberapa pasukan seperti Bigetron Alpha dan Dewa United.

Pasukan MobaZane iaitu BTK mengejutkan ramai pihak di Kejohanan Dunia MLBB, M3 apabila menjadi pasukan Amerika Syarikat yang berjaya mendapat tempat ketiga.

Walaupun tiada Liga Profesional (MPL), BTK mencipta sejarah tersendiri selepas menewaskan juara MPL PH S8, Blacklist International di peringkat kumpulan.

RELATED NEWS

+