“Saya dah anggap mereka macam adik beradik saya sendiri,” – Ajiq

Muhammad Amirul Raziq atau lebih dikenali sebagai Ajiq adalah salah seorang pemain yang pernah bersama pasukan Todak.

Dia memulakan kariernya sebagai pemain profesional MLBB bermula dari pasukan Orange Esports sebelum masuk ke dalam Todak pada tahun 2021.

Selepas berita Ajiq keluar dari pasukan Todak baru-baru ini, pihak kami cuba mendapatkan jawapan dari Ajiq tentang hala tujunya di dalam arena kompetitif ini.

Ketika ditanya tentang penampilannya di MPL MY musim ke-10 nanti, Ajiq berkata jika ada rezeki, dia tidak akan menolak peluang itu.

“Insyaallah jika ada rezeki nanti, saya akan bermain di MPL MY musim ke-10 ini. 

“Saya masih akan meneruskan perjalanan saya di dalam bidang kompetitif ini.

“Ibu dan ayah saya memberikan sokongan mereka 100% untuk meneruskan bidang ini,” ujarnya.

Walaubagaimanapun, Ajiq turut meluahkan kesedihannya apabila terpaksa berpisah dengan pasukan Todak.

“Saya berasa amat sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-kawan dari Todak, terutamanya Yums. Saya dah anggap mereka macam adik beradik saya sendiri,” katanya.

Pasukan mana yang akan Ajiq sertai untuk kelayakan MPL MY S10 ini? Kita sama-sama nantikan.

RELATED NEWS

+