“Saya dah training Franco sejak M3 lagi..” – Moon

Todak langgar lagi, itulah pepatah yang boleh diungkapkan apabila pasukan Todak sekali lagi mendominasi dengan menewaskan pasukan Geek Fam 2-0 tanpa balas pada hari Jumaat di minggu kelima Liga Profesional MLBB (MPL) MY musim kesembilan.

Ketika Moon ditemubual oleh MyGameOn, ditanyakan soalan tentang penggunaan Franco di perlawanan kedua.

“Saya dah berlatih guna franco sejak Kejohanan Dunia M3 lagi. Cuma tidak boleh dibawa lagi kerana faktor drafting yang tidak sesuai untuk Franco.

“Hari ini (Jumaat) adalah hari yang sesuai untuk menggunakan Franco, pasukan saya mempercayai saya dan saya memutuskan untuk membawa Franco masuk,”

Apabila ditanya tentang hero mage yang Moon kurang mahir, dia menjawab Vexana.

“Saya agak kurang dengan penggunaan Vexana, ramai penonton di stream saya menyuruh saya menggunakan hero itu.

“Saya tetap mencuba untuk mahir menggunakan hero itu. Bagi tiga hero mage yang meta ketika ini, saya meletakkan tempat ketiga adalah Lylia kerana ia mempunyai mobiliti yang tinggi.”

“Dia boleh memperlahankan gerakan musuh dan lebih agresif di dalam perlawanan. Hero kedua adalah Cecilion kerana high ground hero itu sangat kuat dan mempunyai stun, slow dan burst,” katanya.

Moon meletakkan Valentina sebagai hero mage paling kuat ketika ini kerana ia adalah hero yang sangat overpowered dan mampu meniru skill musuh.

Akhir sekali, ketika ditanya tentang penggunaan Lunox Jungler. Moon menyifatkan hero ini sudah lama berada di dalam kamus hero mereka.

Lunox mampu mendapatkan objektif dengan cepat, burst damage yang tinggi serta pergerakan yang sukar untuk dibaca memberikan kekuatan kepada Lunox dijadikan sebagai jungler.

Ikuti temubual penuh di laman tiktok kami di bawah.

@mygameondotmy Semalam Moon cerita pasal mage.. dan kenapa @Todak.gaming main Lunox Jungler. #fyp #mlbb #mplmy #kakigaming #tiktokmalaysia ♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+