berkenaan prestasi Zikry Shamsuddin (Moon) dan pasukan Malaysia diwakili Todak MLBB di IESF Bali 2022, kami dari pihak MyGameOn mendapatkan kenyataan dari jurulatih Todak iaitu Ariff Iswandi atau Amoux."> berkenaan prestasi Zikry Shamsuddin (Moon) dan pasukan Malaysia diwakili Todak MLBB di IESF Bali 2022, kami dari pihak MyGameOn mendapatkan kenyataan dari jurulatih Todak iaitu Ariff Iswandi atau Amoux." /> berkenaan prestasi Zikry Shamsuddin (Moon) dan pasukan Malaysia diwakili Todak MLBB di IESF Bali 2022, kami dari pihak MyGameOn mendapatkan kenyataan dari jurulatih Todak iaitu Ariff Iswandi atau Amoux." />

“Saya dan Hazim akan berbincang tentang prestasi pemain,” – Amoux

Susulan dari berita berkenaan prestasi Zikry Shamsuddin (Moon) dan pasukan Malaysia diwakili Todak MLBB di IESF Bali 2022, kami dari pihak MyGameOn mendapatkan kenyataan dari jurulatih Todak iaitu Ariff Iswandi atau Amoux.

Menurutnya, prestasi Moon sememangnya kurang menyerlah semasa menentang Filipina baru-baru ini.

”Saya bersetuju bahawa Moon memang kurang menyerlah semasa menentang Filipina (pada Selasa). Akan tetapi, tidak adil untuk kita menghukum seseorang berdasarkan satu siri permainan.

“Lihat saja Rival dahulu, ramai meminta dia ditukarkan kerana kurang menyerlah tetapi kali ini bertanya mengapa dia tidak diturunkan (bermain),” kata Amoux ketika dihubungi MyGameOn.

Dia juga berkata akan berbincang dengan Hazim secara dalaman tentang prestasi setiap pemain.

“Saya dan Hazim akan berbincang secara dalaman kerana kami setuju ada di antara mereka yang menurun prestasinya. Namun, kami masih belum dapat memastikan sama ada prestasi mereka menurun kerana tidak dapat berlatih dengan betul atau ada beberapa faktor lain.

”Akan tetapi, kami masih belum berbincang dengan mereka kerana mereka sedang berada di dalam situasi yang sukar. Mungkin dalam beberapa hari lagi, kami akan mendapat jawapan,” akhiri Amoux.

Bagi pendapat Hazim pula, dia percaya bahawa setiap pemain ada pasang surutnya. Dia tidak menolak bahawa prestasi Moon yang kini sedang menurun.

“Setiap prestasi pemain ada naik turunnya, buat masa sekarang memang betul prestasi Moon agak menurun.

“Akan tetapi, Insya-Allah dalam masa terdekat ini, pihak pengurusan Todak akan cuba membantu Moon untuk mendapatkan prestasinya semula sebelum kejohanan M4 tiba nanti,” kata Hazim.

RELATED NEWS

+