‘Saya Ingin Banggakan Nenek Kerana Dia Menaruh Harapan Kepada Saya’ – Nur Amirul Afandi

Bagi pemain profesional yang bakal melebarkan sayap mereka ke luar negara, halangan seperti keluarga jatuh sakit ataupun ditimpa kemalangan mungkin sedikit sebanyak memberi kesan kepada prestasi.

Tapi bagi Nur Amirul Afandi atau AmTuah, 22, wakil Malaysia ke kejohanan FIFA 18 Tag Heuer Virtuelle Bundesliga di Dusseldorf, Jerman, Sabtu ini, ia jadi satu semangat untuknya berbuat lebih baik.

“Saya mendapat tahu berita nenek kemalangan kerana terjatuh di ruang tamu. Walaupun sedih tapi saya tetap gagahkan diri untuk teruskan.

“Nenek rapat dengan saya, dia memang memahami karier e-sukan kerana saya banyak bercerita dengannya. Masa berjumpa dengannya (Isnin), Alhamdulillah dia baik-baik saja dan kata tak perlu risau untuk saya fokus dalam kejohanan ini,”

AmTuah juga dah bersedia dengan persiapan mental dengan berlatih selama beberapa jam untuk kekal fokus jadi tak mudah hilang tumpuan. Kali ini, AmTuah akan bertanding bersama 11 lagi pemain di konsol PlayStation 4 demi merebut RM241,228.

Kejohanan kali ini juga memberikan cabaran baru kerana perlu mahir dalam mod FIFA Ultimate Team kerana semua pertandingan yang menjadi sebahagian dari FIFA eWorld Cup menggunakan format ini.

Fazli Razak, pengasas Gamesbond akan membantu AmTuah kerana sebelum ini dia berada di bawah naungan Fire Dragoon.

“Kami akan bantu menguruskan perjalanannya sama seperti ke Esports World Convention (ESWC) tak lama dulu. Akan ada kelab profesional bola sepak yang menghantar pemain e-sukan ke kejohanan ini jadi AmTuah punya peluang untuk mendapat spotlight kalau dia perform,”

AmTuah akan bertanding dengan 11 lagi pemain di konsol PlayStation 4 untuk merebut hadiah wang tunai terkumpul £50,000 (RM241,228). Kejohanan ini juga menjadi satu cabaran baru buatnya kerana perlu mahir dalam mod FIFA Ultimate Team yang digunakan untuk format kejohanan.

Tag Heuer Virtuelle Bundesliga adalah kejohanan tahunan yang diadakan sejak 2012 bagi mempromosikan Liga Bundesliga (Jerman) di seluruh dunia.

Tahun ini, ia dinaik taraf menjadi satu daripada kelayakan ke FIFA eWorld Cup (FeWC) yang mana pemenangnya layak secara automatik untuk menyertai pusingan kelayakan terakhir sebelum bertanding di FeWC.

RELATED NEWS

+