“Saya ingin bertemu dengan Alter Ego kerana ada Pai,” – Nathzz

Pasukan RSG PH baru sahaja menjadi juara Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2022.

Mereka menunjukkan dominasi ke atas semua pasukan yang mereka hadapi.

Skor 4-0 yang diraih oleh pasukan Filipina ini ketika menentang RRQ Hoshi membuktikan mereka masih lagi mengungguli arena kompetitif Mobile Legends.

Pemain EXP Laner RSG PH iaitu Nathzz menjadi salah satu sebab mereka berjaya mengangkat piala MSC 2022.

Kebolehannya bermain Esmeralda menjadikan pihak musuh terkaku.

Kita dapat lihat Nathzz bijak mengawal ahli pasukan RRQ Hoshi ketika perlawanan akhir MSC 2022 sebelum ini.

Walau bagaimanapun, pihak RRQ masih tidak lagi memberikan tanda hormat untuk ban Esmeralda di dalam 4 perlawanan.

Di dalam satu hantaran akaun Instagram MPL Indonesia, Nathzz mempunyai cita-cita untuk bertemu dengan pasukan Alter Ego.

Menurutnya, Alter Ego mempunyai Pai dan Pai adalah seorang EXP Laner yang bukan calang-calang juga.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Indonesia (@mpl.id.official)

Walau bagaimanapun, mereka hanya dapat bertemu ketika kejohanan antarabangsa seperti siri M, MPLI dan juga MSC.

Alter Ego harus melayakkan diri dengan menjadi naib johan atau juara bagi mendapat slot ke kejohanan antarabangsa.

Sumber: MPL ID

RELATED NEWS

+