“Saya ingin jadi juara apabila menentang pasukan dari China,” – Luxxy

Luxxy adalah seorang pemain yang mempunyai banyak pencapaian di arena kompetitif PUBG Mobile. Dia pernah memenangi gelaran juara dunia bersama pasukan Bigetron Red Aliens pada kejohanan PMCO Global Finals 2019.

Menerusi sebuah hantaran Instagram oneesportsid, pemain profesional BTR RA, Luxxy, menyatakan bahawa sasarannya selepas memenangi pingat emas di sukan SEA tempoh hari adalah, dia ingin menjadi juara apabila berhadapan dengan pasukan dari China.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by ONE Esports Indonesia (@oneesportsid)

“Sasaran saya selepas memenangi pingat emas sukan SEA ke-31? Saya mahu menjadi juara apabila menentang pasukan dari China.

“Menjadi juara dunia kalau tidak mempunyai pasukan dari China belum boleh digelar juara dunia” katanya.

Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini arena kompetitif PUBG Mobile dikuasai oleh pasukan dari China seperti Nova Esports.

Mereka berjaya memenangi kejohanan dunia berturut-turut pada tahun 2020 dan 2021. Gaya permainan unik dan mempunyai disiplin yang tinggi adalah kunci kepada pasukan itu.

Adakah mana-mana pasukan dari rantau Asia Tenggara akan berjaya menewaskan pasukan-pasukan gergasi dari China? Sama-sama kita nantikan.

Foto: Instagram Luxxy

RELATED NEWS

+