“Saya lebih “jago” dari Dlarskie,” – Antimage

Kemasukan pemain Filipina ke dalam pasukan MPL Malaysia dan Indonesia menjadi satu topik hangat di dalam komuniti Mobile Legends Asia Tenggara.

Ini termasuk bekas pemain ONIC PH iaitu Dlarskie yang dikatakan akan memasuki pasukan EVOS Legends untuk memperkuatkan pasukan itu bagi persediaan menghadapi MPL ID musim ke-10.

Namun begitu, kapten EVOS Legends iaitu Rekt pernah berkata bahawa dia tidak akan bermain sekiranya terdapat pemain Filipina di dalam pasukan Sang Macan Putih itu. 

Antimage juga tidak terlepas dalam memberikan pandangannya terhadap Dlarskie yang juga memegang posisi EXP Laner.

Menurutnya, “Saya tidak boleh nak bagi kata putus tapi apa boleh saya katakan bahawa 90% Dlar bakal masuk EVOS Legends. Ini cuma tanggapan dan andaian saya sahaja,” kata Antimage.

Dia juga menyifatkan dirinya lebih hebat dari Dlar berdasarkan mekanik dan makro.

“Saya tak berapa tahu kalau Dlar sesuai atau tidak masuk ke EVOS. Akan tetapi, Exp Laner di Filipina ramai yang hebat.

“Sebenarnya saya kurang tahu kemampuan yang dimiliki oleh Dlar. Saya pernah berlawan dengan dia dan saya lebih hebat dari dia. Kalau dari sudut mekanik dan makro, sememangnya saya sangat yakin saya boleh menang jika bertemu Dlar,” akhirinya.

RELATED NEWS

+