“Saya memang tak pandai main..” – Bila Aul nak muncul di MPL?

Aul adalah salah seorang pemain permainan peranti mudah alih popular, Mobile Legends. Beliau pernah bekerja sebagai penghantar makanan sebelum berhijrah ke arena kompetitif Mobile Legends pada musim MPL MY yang lalu.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

Membuat kemunculan sulungnya di MPL Malaysia musim ketujuh, Aul mempunyai ramai peminat tempatan yang gemar menonton beliau bermain.

Beliau cukup popular di platform Facebook Gaming, meraih hampir 750 ribu pengikut setakat ini, menjadikan beliau salah seorang streamer tanah air yang paling popular.

Di musim kelapan ini, beliau belum pernah mendapat kesempatan untuk bermain untuk pasukan Homebois. Aul hanya menunggu perancangan Daddy Hood untuk membenarkan beliau masuk ke skuad utama Homebois. 

Adakah kita akan melihat Aul akan membuat kemunculan di MPL Malaysia musim kelapan ini? atau mungkin beliau hanya direhatkan di musim ini atau mungkin akan hadir pada minggu akhir seperti musim lalu? Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+