“Saya nak kembangkan komuniti eFootball di Malaysia bersama Homebois,” – Ikhmal (Gege)

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

“Saya nampak sekarang arena eFootball makin besar. Dulu tak ada penaja besar tapi sekarang nampak banyak organisasi e-sukan cuba masuk dalam industri ini,” itu kata Zikri Zulzariq Ikhmal atau lebih senang dikenali sebagai Gege.

Pemain muda berbakat ini memulakan karier barunya sebagai pemain Homebois selepas organisasi itu mengumumkan divisi eFootball buat pertama kalinya.

Katanya, walaupun banyak tawaran diterima dari organisasi lain namun dia memilih Homebois untuk mencuba perkara baharu.

“Saya sasar nak kembangkan komuniti eFootball di Malaysia jadi sebab itu saya pilih Homebois. Sebab kalau mereka tak buat (tubuhkan pasukan), pasukan lain mungkin tak buat.

“Selain itu, saya pun rasa selesa bersama Homebois dan mereka juga macam keluarga,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

Tidak hanya MLBB, PUBG Mobile dan game popular lain, Gege berharap eFootball dapat dikenali lebih ramai orang dan pembukaan divisi baharu dari organisasi e-sukan ternama ini mampu membuka mata lebih ramai pihak tentang arena eFootball.

Selain Gege, Homebois merekrut pemain berbakat lain seperti Haikal, Keron, Invicibles, Karlito dan Billy.

Gege berkata, Malaysia eFootball League (MYEL) adalah kejohanan terdekat yang disertai mereka.

Antara pencapaiannya dalam industri adalah mendapat tempat ketiga di kejohanan iFeL eFootball Asia baru-baru ini bersama Khairul.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi (COO) Homebois, Nabil Japri (Abey) mengatakan objektif utama penubuhan divisi eFootball ini adalah meluaskan pengaruh Homebois dalam arena e-sukan terutamanya.

“Homebois tak ingin dilabel sebagai organisasi yang selesa di MLBB sahaja. Selain itu, kami mahu kembangkan dan bantu komuniti eFootball untuk pasaran lebih meluas.

“Kami juga bercadang membuka padang bola dan pusat sukan sendiri. Jadi eFootball ini memang selari dengan halatuju organisasi pada tahun ini,” katanya.

Abey berkata, Homebois juga akan bekerjasama dengan jenama sukan terkemuka dunia yang akan diumumkan kelak.

“Pada akhirnya, kami ingin menjadikan divisi ini sebagai salah satu perancangan jangka panjang sesuai dengan hala tuju e-sukan Homebois,” katanya.

RELATED NEWS

+