“Saya rasa ini masa yang sesuai untuk kami bawa jurulatih dari luar negara,” – Abang Lord

Pengasas MAB Esports, Abang Lord atau nama sebenarnya Danial Aizat Rames Abdullah, 47, berkata kemasukan jurulatih MAB yang baru, Alvin Tisna (Lexuzz) memberi satu perspektif baru.

“Dia mempunyai cari mengajar dan latihan yang berbeza dan saya rasa dia boleh berikan sesuatu kepada pasukan MAB.

“Saya rasa ini masa yang sesuai untuk kami membawa jurulatih dari luar negara, sekurang-kurangnya pemain kita dapat merasakan pendekatan yang berbeza berbanding jurulatih di Malaysia,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

Dia juga mengatakan antara faktor lain yang membuat MAB memilih Lexuzz kerana dia adalah jurulatih dari luar negara.

“Dia (Lexuzz) adalah orang luar jadinya pemain akan lebih menghormatinya sebagai seorang jurulatih.

“Kebiasaanya kalau di Malaysia, jurulatih itu adalah bekas pemain dan kawan kawan kepada pemain sehinggakan jurulatih tidak tegas kepada para pemain. Perkara itu yang saya tidak mahu terjadi kepada pemain saya,” katanya.

Jerong jadi penganalisis

Apabila ditanya berkenaan Jerong yang menjadi jurulatih MAB pada musim lepas, Abang Lord menyebut bahawa dia akan dijadikan sebagai penganalisis bagi pasukan itu.

“Jerong masih akan bersama-sama MAB sebagai seorang penganalisis bagi membantu Lexuzz dalam latihan.

“Saya percaya dengan kehadiran Lexuzz ini, Jerong akan belajar lebih banyak perkara dan satu hari nanti dia akan menjadi seorang jurulatih yang hebat,” katanya.

Bawa masuk D ace dan Eavy

MAB Esports juga sudah membawa masuk dua pemain baharu untuk memperkuatkan lagi pasukan mereka.

“D ace dan Eavy adalah dua pemain baru untuk pasukan kami. Bagi pemain-pemain lama hanya Novaxcobar, Xslash dan Zakqt yang masih bersama MAB. Aliff, Zuto, dan Rennn pula sudah dilepaskan dan ditamatkan kontraknya.

“Pada masa ini, kami masih kekurangan jungler dan sedang melakukan proses try out,” katanya.

Abang Lord juga menyebut kenapa MAB melakukan persiapan awal adalah kerana untuk mendapatkan keserasian di antara para pemain.

“Keserasian di antara para pemain bukanlah sesuatu yang boleh diperolehi dalam masa yang singkat, jadinya persiapan yang lebih awal harus dilakukan demi mendapatkan keserasian itu.

Abang Lord juga menegaskan bahawa MAB pada musim hadapan akan lebih serius dan fokus, kerana mereka terpaksa bermain dari bawah semula (peringkat kelayakan) dan mereka ingin kembali semula ke liga MPL.

Semoga berjaya MAB!

Foto: MAB Esports, MOONTON Games

RELATED NEWS

+