Perlawanan antara FireFlux Esports (Turki) dan pasukan Malaysia, Selangor Red Giants (SRG) hari ini sangat mendebarkan kerana ia berakhir dengan kemenangan SRG, 3-2.
Malah, rekod kemenangan FireFlux ke atas pasukan MPL contohnya Team Haq dahulu di M4 (ketika itu ahli pasukan FF bersama Incendio Supremacy) sangat mengejutkan kita semua. Ini menunjukkan Turki sebagai ‘kuasa besar’ di peringkat antarabangsa MLBB.
Ketika ditanya apakah kekuatan FireFlux di MSC 2024, Jurulatih SRG, Poon Kok Sing atau Veki mengatakan pasukan itu sangat mengagumkan.
“Saya kagum. Mereka semua adalah pemain tempatan termasuklah staf kejurulatihan (analyst).
“Walaupun mereka bukan sebahagian dari rantau ‘besar’ dalam MLBB, gaya permainan dan ‘mechanic’ mereka memang hebat. Rosa terutamanya bermain dengan sangat baik,” kata Veki dalam satu sidang media pasca-perlawanan SRG vs FF.
Veki mengatakan ‘hero pool’ bagi pasukan ini sangat menarik dan dia kagum dengan prestasi skuad Turki ini.
Kemenangan SRG ke atas FF bermakna rekod 100 hari tanpa kalah masih lagi diteruskan dan mereka menjadi pasukan Malaysia pertama ke semi final.
Sekurang-kurangnya AS$200K (RM940,000) sudah berada di dalam tangan sebagai Top 4 di kejohanan di Riyadh, Arab Saudi ini.
Mereka akan bertemu pemenang antara HomeBois dan NIP Flash yang akan bermain esok.